penulis sakura

penulis sakura

Wednesday, December 15, 2010

sesaat di musim salju itu

16/12/2010

Hati tersenyum.Tika menyelesaikan teka-teki yang bermain dalam perasaan.Akhirnya solusi menjadi kenyataan.Masih separuh sedar antara fantasi dan realiti.Aku termangu sendirian duduk di kerusi penuh ilusi.

Aku duduk di tengah-tengah salji turun bak musim sonata percik gembira.
Aku memandang pada rimbunan sakura mekar di sebelah situ.Aku menunjukkan jariku ke arahnya.Titis-titis salju hinggap pada dedaun yang kian kekuningan.Warna merah jambunya di tuangkan dengan krim putih salji.Cantik kombinasinya.kadang-kadang angin sejuk berkunjung membuai bunga-bunganya,melentur dahannya.Musim yang sangat aku sukai.

Tapak kakiku melangkah ke bawah rimbunan sakura.Lantas baring di bawahnya.Sambil memandang ke atas ,sinar cahaya berkisar-kisar tika bunga sakura di buai sang bayu.

Mata ku terpejam seketika.Nafas berdetik menghembus lega.

seperti camar terbang...

15/12/2010

Seperti camar yang terbang,melintas awan untuk mencari tempat berteduh.Hanya berpaut pada 2 sayapnya untuk mencari destinasi punya realiti.Aku ingin terbang seperti burung itu kerana semakin jauh menerjah awan semakin luas pemandangan seiring dengan kembara yang penuh pancaroba.Bila terbang aku bisa bersembunyi di sebalik awan menjenguk sang suria terbit di ufuk sana.lantaran itu,aku juga boleh terbang mencari istana awan yang penuh misteri.Seperti lautan kapas yang pernuh warna-warni.Tapi bila hujan datang menerpa aku bersembunyi lagi.Aku takut bunyi guruh dek ganas menyerang.Awan gelap malap pekat.Aku takut.

Bila hujan sudah berhenti,kilauan pelangi berkerdip menghanyutkan hati yang sedang gunda-gulana.Warna-warnanya sunguh indah .Begitu sempurna ciptaan ilahi.Subhanallah.

Biarkan camar itu terbang.Aku terus di layar fantasi memikirkannya.Usah bersedih.Perjuanganku masih bermain-main pada jiwa yang mencari konklusi.

Aku mengeluh sendirian.

Tuesday, December 14, 2010

sebuah permulaan....

14/12/2010...

Adakah setiap aksara yang ku tulis ini menjadi ungkapan semata-mata.Sekadar luahan kosong dari hati tiada makna yang boleh di tafsir.Sebuah permulaan menjadi puing-puing yang terbang semilir di awangan.Perjalanan masih jauh,tatkala memandang ke hadapan masih sirna sinar mengufuk jauh melangit.Ingin ku kejar,terus berlari tapi rupa-rupanya fatamorgana menipu di persimpangan.

Bukan sekadar luahan,tapi setiap rentak melodi sanubari.Usahlah bermada berpuitis tanpa arah tujuan.Kasihan meraung hati di persada persoalanan.



AKU INGIN MENJADI DEWASA.

Titis dakwat ini belum berakhir.